Wednesday, February 12, 2014

PETUA ATASI BENGKAK SUSU

TAHUKAH ANDA?

Mengapakah Payudara Saya Bengkak Dan Sakit?

Pada minggu pertama selepas bersalin, anda mungkin dapati buah dada anda sangat membengkak, sakit, berdenyut, membonjol serta terasa penuh dan tidak selesa. Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak. Anda juga mungkin mengalami demam. Tetapi jangan risau. Walau seteruk manapun bunyinya, keadaan ini hanya sementara.

Apakah Sebabnya Payudara Bengkak Dan Sakit?

Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak.

Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras.

Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda.


Cuba Amalkan Petua Berikut Apabila Ibu Mengalami “Masalah Bengkak Susu” 

1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.


"Apa kaitan KUBIS dengan BENGKAK SUSU? Mulanya saya kurang percaya dengan PETUA orang dulu-dulu ni, tapi bila saya mencuba teknik ini, alhamdulillah memang x rasa sakit BENGKAK SUSU lagi"

"Teknik ini mudah sahaja, bagi ibu-ibu yg baru melahirkan bayi, dapatkan kubis, dan letakkan pada payudara anda & pakai baju dalam seperti biasa. Pastikan kubis seperti 'mangkuk' yang meliputi semua bahagian buah dada, in sha Allah bengkak susu akan diatasi, dan anda dapat menyusu bayi anda apabila bengkak susu mulai hilang"

Grab it now!!
Nak tau lebih lanjut? PM cepat-cepat pada saya...
Shaklee Independent Distributor:IKA
SMS | Call : 0134040191
Shaklee ID : 1073293


No comments:

Post a Comment